Kenyataan Privasi

Kenyataan Privasi

HUAWEI SERVICES (HONG KONG) CO., LIMITED (“Huawei Cloud”, “kami”dan “kita”) memahami kepentingan privasi anda dan menghormati privasi anda. Sila baca Kenyataan Privasi (“Kenyataan”) dengan teliti sebelum anda bersetuju untuk menyerahkan data peribadi anda kepada kami. Kenyataan ini terpakai untuk kandungan dalamhttps://www.huaweicloud.com/intl/en-us/ (“laman web”), dan semua produk dan perkhidmatan yang memaparkan dan merujuk kepada Kenyataan ini. Kenyataan ini tidak terpakai untuk kandungan yang anda pilih untuk diproses, disimpan dan dihoskan di Huawei Cloud. Kami tidak akan mengakses atau memproses Kandungan anda untuk tujuan lain tanpa persetujuan anda, kecuali diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kandungan bermaksud perisian (termasuk imej mesin), data, teks, audio, video atau imej yang anda proses, simpan dan yang dihoskan oleh produk dan perkhidmatan kami berkaitan dengan akaun anda dan daripada sebarang hasil pengiraan yang anda memperolehi dari produk yang disebut di atas apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Ini tidak termasuk maklumat akaun yang anda berikan kepada kami berkaitan dengan penciptaan atau pengurusan akaun anda. Sila rujuk kepada pautan di bawah untuk melihat hak dan kewajipan anda terhadap Kandungan dan cara kami mengendalikan Kandungan anda.

Keselamatan Huawei Cloud

Perjanjian Pelanggan HUAWEI CLOUD

Kenyataan ini menerangkan cara kami mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda dan asas undang-undang serta langkah-langkah keselamatan untuk pemproses data. Kenyataan ini juga menunjukkan hak anda untuk mengawal data peribadi anda semasa kami memproses data peribadi anda dan butiran lain berkaitan, yang anda perlu tahu sebelum anda memberikan data peribadi kepada kami senario pemprosesan data yang mungkin. Walau bagaimanapun, kenyataan ini mungkin tidak menyatakan semua senario pemprosesan data yang mungkin berlaku. Kami akan memaklumkan anda tentang pengumpulan data produk atau perkhidmatan yang khusus melalui dasar atau notis tambahan yang disediakan sebelum pengumpulan.

Kenyataan ini adalah bahagian yang penting dalam Perjanjian Pelanggan HUAWEI CLOUD. Setelah anda bersetuju dengan Perjanjian Pelanggan HUAWEI CLOUD, anda telah menerima semua peruntukan dalam Kenyataan ini. 

Kami mencipta Kenyataan ini untuk membantu anda memahami:

·       1. Bagaimana Huawei Cloud Mengumpul Data Peribadi Anda

·       2. Bagaimana Huawei Cloud Memproses Data Peribadi Anda

·       3. Bagaimana Huawei Cloud Menggunakan Cookies

·       4. Bagaimana Huawei Cloud Melindungi Data Peribadi Anda

·       5. Bagaimana untuk Mengakses atau Mengawal Data Peribadi Anda

·       6. Bagaimana Huawei Cloud Mengendalikan Data Peribadi Kanak-kanak

·       7. Pembekal Pihak Ketiga Dan Perkhidmatan Mereka

·       8. Bagaimana Data Peribadi Anda Dipindahkan ke luar negara

·       9. Bagaimana Kenyataan ini Dikemaskini

·       10. Bagaimana untuk Menghubungi Huawei Cloud

1. Bagaimana Huawei Cloud Mengumpul Data Peribadi Anda

1.1  Data Peribadi

Data peribadi merujuk kepada apa-apa data yang boleh digunakan semata-mata atau dengan maklumat lain untuk mengenal pasti orang sebenar. Kami mengumpul data peribadi daripada anda semasa anda berinteraksi dengan kami untuk pelbagai tujuan, seperti menyediakan anda dengan produk atau perkhidmatan kami dan mengekalkan operasi yang terbaik produk dan perkhidmatan kami. Interaksi anda dengan kami mungkin termasuk, mendaftar akaun pada laman web ini, melanggan produk atau perkhidmatan kami, menyelesaikan pembayaran dengan kami, menghubungi kami semasa menangani masalah, melayari laman web kami dan mengkonfigurasi tetapan anda untuk laman web kami atau akaun anda.

Berdasarkan penggunaan web ini yang anda layari, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, data peribadi yang kami kumpul terutamanya ialah seperti berikut:

a)    Data peribadi yang anda serahkan kepada kami untuk pendaftaran akaun pengguna dengan laman web ini, seperti nama pengguna dan alamat e-mel.

b)    Data peribadi yang anda berikan apabila menghubungi kami, mengguna produk atau perkhidmatan kami, atau mendapatkan sokongan atau bantuan daripada kami, seperti alamat, poskod, nama, pasport atau maklumat ID lain, maklumat akaun bank, nombor telefon bimbit, nama syarikat anda, industri, jawatan, maklumat invois, maklumat cukai dan tandatangan.

c)    Data peribadi yang kami memperoleh dan mengumpul secara automatik apabila anda mengakses dan melayari laman web ini atau perkhidmatan yang disediakan oleh laman web ini, seperti sejarah pelayaran anda, tarikh dan masa akses anda, maklumat pelayar yang anda gunakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada fon, jenis, dll.), tindakan anda di laman web, ciri-ciri perkakasan dan perisian dan maklumat hubungan rangkaian (alamat IP, port, protokol rangkaian, dll.).

d)    Data peribadi yang kami peroleh secara sah daripada rakan kongsi perniagaan (“Rakan kongsi” yang menyertai Rangkaian Rakan Kongsi Huawei Cloud) atau pihak ketiga. Kami mungkin menerima data peribadi mengenai anda daripada sumber awam dan sumber yang tersedia secara komersial seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kebanyakan produk atau perkhidmatan kami memerlukan beberapa data peribadi untuk beroperasi. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberi data yang diperlukan untuk beroperasi, anda mungkin tidak dapat mengguna produk atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak mendaftar akaun pada laman web kami dan menyerahkan data peribadi anda, anda tidak dapat membeli produk atau perkhidmatan kami. Dalam beberapa kes yang lain, di mana pembekalan data adalah tidak wajib, dan anda memilih untuk tidak menyerahkan data peribadi anda, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa ciri produk atau perkhidmatan, seperti pemeribadian tetapi ini tidak akan menjejaskan penggunaan produk atau perkhidmatan lain yang kami tawarkan.

1.2  Data bukan Peribadi

Data bukan peribadi merujuk kepada data yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti seseorang individu. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul statistik agregat seperti bilangan pelawat ke laman web. Kami mengumpul data ini untuk memahami cara orang menggunakan laman web, produk dan perkhidmatan kami. Ini membenarkan kami meningkatkan produk atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna. Kami boleh, mengikut budi bicara kami, mengumpul, menggunakan, memproses, memindahkan atau mendedahkan data bukan peribadi untuk tujuan lain.

Kami berikhtiar akan mengasingkan data peribadi dan data bukan peribadi anda dan menggunakannya secara berasingan. Jika data peribadi digabungkan dengan maklumat bukan peribadi, maklumat akan diambil kira sebagai data peribadi.

2. Bagaimana Huawei Cloud Memproses Data Peribadi Anda

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut:

a)      Mencipta akaun.

b)    Memenuhi permintaan transaksi anda atau permintaan perkhidmatan, termasuk memenuhi pesanan, menghantar, mengaktifkan atau mengesahkan produk atau perkhidmatan; memenuhi permintaan anda untuk perubahan atau memberikan anda maklumat yang diminta (seperti bahan pemasaran untuk produk dan perkhidmatan serta kertas putih) dan menyediakan sokongan teknikal.

c)      Menghubungi anda, menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang anda mungkin berminat kepada anda, menjemput anda menyertai aktiviti-aktiviti Huawei Cloud (termasuk aktiviti promosi), kaji selidik pasaran, atau tinjauan kepuasan atau menghantar maklumat pemasaran kepada anda. Jika anda tidak mahu menerima maklumat jenis ini, anda boleh menarik diri dan memilih keluar pada bila-bila masa.(Sila rujuk kepada 5. Bagaimana Mengakses atau Mengawal Data Peribadi Anda).

d)      Menghantar notis penting kepada anda.

e)      Menyediakan pengalaman pengguna dan kandungan yang diperibadikan kepada anda.

f)       Meningkatkan produk dan perkhidmatan kami melalui audit dalaman, analisis data dan penyelidikan.

g)      Menganalisis kecekapan operasi perniagaan kami dan menilai bahagian pasaran kami.

h)      Menyelesai masalah apabila anda menghantar repot ralat kepada kami.

i)       Memastikan keselamatan produk, perkhidmatan dan pelanggan atau pengguna kami, menjalankan dan meningkatkan program pencegahan kehilangan dan anti-penipuan kami.

j)       Mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang atau standard industri yang terpakai.

Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali untuk tujuan berikut:

a)      Pendedahan tersebut diperlukan secara mandatori mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan

b)      Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda dalam skop yang paling terhad, di mana yang wajar dan sesuai, untuk melindungi hak atau harta Huawei Cloud, pelanggan kami atau orang awam. Sebagai contoh, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda, jika kami percaya pendedahan tersebut perlu atau wajar untuk mencegah atau melindungi mempertahankan ancaman cyber, penipuan, kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, atau apabila ia berkaitan dengan penyiasatan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang disyaki atau sebenarnya.

c)      Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat bersekutu, syarikat gabungan, pembekal perkhidmatan, subkontraktor, rakan kongsi atau pengganti kami untuk membolehkan mereka menyediakan sokongan transaksi, sokongan perkhidmatan atau sokongan keselamatan kepada anda. Dalam hal ini, kami memastikan syarikat tersebut akan menjamin standard perlindungan data peribadi yang sama seperti Kenyataan ini, dan tidak akan menggunakan data peribadi untuk tujuan lain.

Kami hanya akan mendedahkan data peribadi anda setakat yang dihadkan oleh undang-undang dan peraturan berkenaan dan menurut Kenyataan ini. Kami tidak menyediakan, menjual dan menyewa data peribadi anda untuk atau kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkenaan melainkan jika dibenarkan oleh anda atau ditentukan dalam Kenyataan ini.

3. Bagaimana Huawei Cloud Menggunakan Cookies

Untuk memastikan laman web kami berfungsi dengan betul, kadangkala kami mungkin meletakkan cebisan data kecil yang dikenali sebagai Cookies pada komputer atau peranti mudah alih anda. Cookies adalah satu fail teks yang disimpan oleh pelayan web pada komputer atau peranti mudah alih. Kandungan Cookies boleh diambil atau dibaca hanya oleh pelayan yang mencipta Cookies tersebut. Teks dalam Cookies sering mengandungi pengecam, nama laman web dan beberapa nombor dan aksara. Cookies adalah unik bagi pelayar atau aplikasi mudah alih yang anda gunakan dan membolehkan laman web menyimpan data seperti pilihan anda.

Seperti kebanyakan laman web atau pembekal perkhidmatan Internet lain, kami menggunakan Cookies untuk meningkati pengalaman pengguna. Secara khusus, tujuan Cookies adalah seperti yang berikut:

a)        Cookies membolehkan laman web mengingati tetapan anda seperti bahasa, saiz fon pada komputer atau peranti mudah alih anda atau pilihan pelayar yang lain. Ini bermaksud, pengguna tidak perlu menetapkan semula pilihan untuk setiap lawatan.

b)        Kami mungkin mengira bilangan data pengiklanan Huawei Cloud, seperti kekerapan pop timbul pengiklanan pada laman web dan situasi semasa klik pengiklanan di laman web lain.

c)         Pengesahan. Apabila anda melawat laman web, kami mungkin mencipta ID unik untuk mengenal pasti anda. Jika Cookies dengan fungsi ini tidak digunakan, maka laman web akan menganggap anda sebagai pelawat baru setiap kali anda memuatkan halaman web berkenaan. Sebagai contoh, jika anda diarahkan ke laman web lain dari laman web yang telah anda log masuk dan kemudian kembali ke laman web, ia tidak akan mengenali anda dan anda perlu log masuk sekali lagi.

d)         Statistik dan analisis. Sebagai contoh, kami mengguna Cookies untuk mengira bilangan pelawat laman web dan mempelajari tentang sumber lawatan anda.

e)         Keselamatan. Kami mengguna Cookies untuk melindungi operasi laman web.

Pihak ketiga seperti Google dan Baidu mungkin menetapkan Cookies mereka di laman web kami. Mereka mengguna Cookies ini untuk menerima IP, maklumat konfigurasi anda tentang layaran anda dan penilaian anda di laman web kami, tetapi tidak mengumpul maklumat identiti peribadi anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara pihak ketiga mengguna Cookies dengan melawati laman web mereka.

Anda boleh mengurus atau memadamkan Cookies mengikut pilihan anda. Untuk maklumat lanjut, lawati AboutCookies.org (https://www.aboutcookies.org/). Anda boleh mengosongkan semua Cookies yang disimpan di komputer anda dan kebanyakan pelayar web menyediakan pilihan untuk menyekat kuki. Walau bagaimanapun, tindakan sedemikian memerlukan anda menukar tetapan pengguna setiap kali anda melawati laman web kami. Ketahui cara mengurus tetapan kuki bagi pelayar anda di sini:

Internet Explorer

Google Chrome

Mozilla Firefox

Safari

Opera

4. Bagaimana Huawei Cloud Melindungi Data Peribadi Anda

Kami mengambil serious tentang keselamatan data peribadi. Kami akan mengambil langkah fizikal, organisasi dan teknikal yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pendedahan, penggunaan, pengubahsuaian, pemusnahan atau kehilangan yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, kami mengguna cara perlindungan yang dipercayai untuk mencegah serangan data yang berniat jahat; kami mengguna mekanisme perlindungan yang dipercayai untuk menghalang serangan data yang berniat jahat; kami mengguna mekanisme kawalan akses untuk memastikan bahawa hanya kakitangan yang dibenarkan boleh mengakses data peribadi dan kami meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja tentang kepentingan perlindungan data peribadi melalui sesi latihan keselamatan dan perlindungan privasi. Walaupun kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda, sila ambil perhatian bahawa tiada langkah keselamatan yang berkesan sepenuhnya. Anda boleh mendapati butiran lanjut tentang pematuhan keselamatan kami di Huawei Cloud Security. (https://www.huaweicloud.com/intl/securecenter/overallsafety.html).

Kami akan mengekalkan data peribadi anda hanya untuk masa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Kenyataan ini, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang atau tempoh yang anda minta. Tempoh penyimpanan data mungkin berbeza-beza menurut senario, produk dan perkhidmatan. Standard yang kami gunakan untuk menetapkan tempoh pengekalan ialah seperti berikut: masa yang diperlukan untuk mengekalkan data peribadi bagi memenuhi tujuan perniagaan, termasuk menyediakan produk dan perkhidmatan, mengekalkan rekod transaksi dan perniagaan yang sepadan seperti yang diperlukan oleh undang-undang; memastikan keselamatan sistem, produk dan perkhidmatan; mengendalikan pertanyaan atau aduan yang mungkin dikemukakan oleh pengguna dan mencari tempat masalah; sama ada pengguna bersetuju dengan tempoh pengekalan yang lebih lama; atau sama ada undang-undang, kontrak dan kesetaraan yang lain mempunyai keperluan khas bagi pengekalan data; dan lain-lain. Kami akan mengekalkan maklumat akaun anda selagi akaun anda diperlukan untuk peruntukan perkhidmatan. Anda boleh memilih untuk membatalkan pendaftaran akaun anda. Selepas anda membatal pendaftaran akaun anda, kami akan berhenti membekalkan produk dan perkhidmatan kepada anda melalui akaun anda dan memadamkan data peribadi anda yang berkaitan, dengan syarat pemadaman bukan ditetapkan oleh keperluan undang-undang istimewa.

Walaupun kami melindungi data peribadi anda, anda bertanggungjawab untuk memastikan data anda disimpan dengan selamat, termasuk akaun dan kata laluan.

Sekiranya anda mendapati akaun atau kata laluan anda digunakan oleh orang lain untuk log masuk ke kaman web ini tanpa kebenaran anda, sila maklumkan tentang hal ini kepada kami dengan segera. Anda berhak untuk meminta kami menggantung sebarang penggunaan akaun atau menggantung kata laluan anda yang digunakan tanpa kebenaran anda.

Dalam hal di mana terdapat apa-apa pelanggaran data yang kami jumpai pada data peribadi yang kami kumpul, simpan dan proses, kami mungkin memaklumi anda dan/atau pihak kuasa yang berwibawa melalui pengumuman di laman web Huawei Cloud, menghantar e-mel kepada anda atau cara lain yang munasabah menurut keperluan undang-undang yang berkenaan dan/atau daripada pihak berkuasa kompeten. Sekiranya maklumat peribadi anda bocor disebabkan oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan kami, kami akan membuat tindakan yang munasabah untuk memaklumi anda dalam masa yang tepat selepas mengesahkan akibat dan punca pelanggaran data tersebut.

5. Bagaimana untuk Mengakses dan Mengawal Data Peribadi Anda

Anda bertanggungjawab memastikan semua data peribadi yang dihantar kepada Huawei adalah betul. Kami berdedikasi untuk mengekalkan ketepatan dan kesempurnaan data peribadi dan memastikan data tersebut terkini.

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda berhak: (1) mengakses apa-apa data peribadi tentang anda yang kami pegang; (2) meminta kami mengemas kini atau membetulkan data anda; (3) meminta kami mengalih keluar data anda; (4) menolak atau menyekat kami untuk memproses data anda; dan (5) mendapatkan salinan data peribadi anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan kami untuk melaksanakan hak-hak di atas, sila hubungi kami melalui ”10. Cara untuk Menghubungi Huawei Cloud”. Secara lazimnya, kami akan memaklum balas kepada anda dalam tempoh satu bulan, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Jika permintaan anda adalah rumit, tempoh tersebut mungkin dilanjutkan kepada dua bulan, dan kami akan memberitahui anda sebabnya dalam masa satu bulan kami menerima permintaan anda. Sila ambil perhatian bahawa dalam beberapa keadaan, termasuk tanpa batasan di mana identiti anda tidak dapat disahkan, atau tuntutan anda di luar skop hak, atau keadaan lain di bawah undang-undang dan peraturan, permintaan anda mungkin ditolak. Kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel seperti yang disebut di “10. Cara untuk Menghubungi Huawei Cloud” jika permintaan ditolak berserta dengan sebab. Jika anda menemui apa-apa pelanggaran Kenyataan ini, anda juga boleh mengemukakan kebimbangan atau membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data atau pegawai lain dalam bidang kuasa tersebut.

Berikut adalah beberapa arahan untuk anda untuk mengawali data peribadi anda yang kami kumpulkan:

a)     Maklumat akaun: Sekiranya anda ingin menambah atau mengemas kini data peribadi yang berkaitan dengan akaun anda, sila pergi ke laman web dan mengikuti langkah berikut: Log masuk > Akaun Saya.

b)     Cookies: Untuk mengurus Cookies, sila merujuk kepada Bahagian 3. Bagaimana Huawei Cloud Mengguna Cookies.

c)     Mesej: Sila pergi ke laman web dan mengikuti langkah-langkah berikut: Log masuk > Akaun Saya > kotak mel di sudut atas kanan > Pengurusan Penerimaan Mesej.

6. Bagaimana Huawei Cloud Mengendalikan Data Peribadi Kanak-kanak

Produk, laman web dan perkhidmatan kami adalah terutamanya untuk orang dewasa. Kanak-kanak tidak dibenarkan mencipta akaun pengguna mereka sendiri tanpa persetujuan ibu bapa/penjaga. Apabila data peribadi kanak-kanak dikumpulkan dengan persetujuan ibu bapa, kami hanya akan mengguna atau mendedahkan data ini jika undang-undang dan peraturan yang berkenaan membenarkannya, jika diizinkan oleh ibu bapa atau penjaga, atau jika diperlukan untuk melindungi kanak-kanak tersebut.

Sekiranya kanak-kanak memberikan kepada kami data peribadi mereka tanpa persetujuan ibu bapa mereka, ibu bapa atau penjaga boleh menghubungi kami untuk menghentikan pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi mereka.

Sekiranya kami mendapati perkhidmatan telah mengumpul data peribadi kanak-kanak tanpa mendapatkan persetujuan ibu bapa yang boleh disahkan, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadam data tersebut dalam tempoh masa yang paling pendek yang mungkin.

7. Pembekal Pihak Ketiga Dan Perkhidmatan Mereka

Untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan anda, anda mungkin akan disajikan dengan kandungan dan pautan web dari pihak ketiga kecuali kami. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas pihak ketiga tersebut. Anda boleh memilih sama ada mengakses atau mengguna pautan, kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga.

Kami tidak mempunyai kawalan terhadap dasar privasi atau perlindungan data pihak ketiga, yang tidak dikawal oleh Kenyataan ini. Sebelum menyerahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, sila rujuk kepada dasar perlindungan privasi pihak ketiga masing-masing.

8. Bagaimana Data Peribadi Anda Dipindahkan ke Luar Negara

Untuk berkhidmat untuk anda, kami menyimpan data peribadi anda di negara/kawasan tempat Huawei Cloud, syarikat bersekutu Huawei Cloud atau pembekal perkhidmatan Huawei Cloud atau tempat subkontraktor berada. Maksudnya, data peribadi anda akan dipindahkan ke negara atau kawasan lokasi anda berada atau bidang kuasa di luar tempat kami mengumpul data peribadi anda dan boleh diakses dan disimpan dalam bidang kuasa tersebut. Bidang kuasa ini mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data berbeza. Dalam keadaan ini, kami akan memastikan bahawa tahap perlindungan yang mencukupi melindungi data anda seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan lokasi data tersebut serta Kenyataan ini.

9. Bagaimana Kenyataan ini Dikemaskini
Kami mungkin mengemas kini Kenyataan ini dari semasa ke semasa mengikut perubahan kepada perkhidmatan atau pemprosesan data kami. Sekiranya kami mengemas kini Kenyataan ini, kami akan menerbitkan versi terkini kenyataan privasi di laman web ini, dan kenyataan akan berkuatkuasa sebaik sahaja dikeluarkan. Anda dinasihati menyemak Kenyataan ini kadangkala untuk sebarang perubahan dalam kenyataan ini. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan penting kepada Kenyataan ini (apa-apa perubahan data peribadi yang kami kumpul dan guna), kami mungkin akan memaklumkan kepada anda melalui saluran yang sesuai dan mendapatkan persetujuan awal anda.

10. Cara untuk Menghubungi Huawei Cloud

Sekiranya anda ingin menghubungi kami, sila hubungi kami dengan cara berikut: hws_security@huawei.com.

Kemas kini terakhir: Ogos. 2019 V1001